Tiba-tiba pakcik itu muncul. Aku cuak sedikit, hendak senyum atau lari sahaja. "Sal ada dekat rumah, dengan hero-hero dia," Nada itu semacam saja. Sal kawan sekelas aku sudah ada dua anak lelaki. "Kau bila lagi..?" Nada yang lebih semacam. Aku senyum, bukan...aku dah lupa reaksi aku waktu itu. "Erk..hehe..hmmm, insyaallah pak cik..." Inilah respon aku yang lazim. Sebab itu aku semakin membenci kawasan kejiranan aku. Aku, 29 tahun semalam dan belum berkahwin. Salahkah??
Thursday, October 7, 2010
Sunday, September 26, 2010
Ini bukan entri raya
*****
Ini entri orang yang terluka, sehingga ke tahap aku nak menulis saja hingus dan airmata sama mengalir. Tak berhenti.
Jangan jijik, sebab aku guna tisu dan kalau orang yang kenal aku memang tahu aku sangat fanatik kepada Dettol. Semua siri antiseptik itu.
Aku tak tahu harus tulis bagaimana, dan haruskah aku tuliskan pengalaman ini?
Maka aku turun sekejap ke ruang tamu, dan minum air teh o suam.
Sambung.
Pakcik aku, ( yang berkahwin dengan adik emak aku) adalah lambang lelaki gigih, seorang usahawan yang cekal dan tabah. Harus aku guna semua kata sifat begini untuk kamu dapat memahami walaupun tidak mengenalinya. Meski tidak berpelajaran tinggi, namun dia seorang yang berkemahiran. Sebut saja apa saja kemahiran, dia dapat mengerjakannya. Tepatnya lagi pakcik aku seorang multitasker. Dia watak lelaki kampung yang selalu ada dalam drama tv. Memang ada orang begini. Berjaya di dengki, miskin dihina, jujur di tipu dan dianiaya.
Dia juga seorang yang penuh humor, manis ternampak lesung pipit bila dia tersenyum melihat kami pecah ketawa dengan leluconnya.
Kerana pakcik pembekal khidmat sewa khemah dan mempunyai rangkaian niaga yang baik, pakcik mendapat tawaran catering untuk satu jamuan raya sebuah majlis daerah. Anggaran makan untuk 450 orang.
Kepada pak cik, ini rezeki. Rezeki anak-anaknya seramai lapan orang. Mungkin saja dia sudah mencongak keuntungannya untuk yuran sekolah dan keperluan anak-anak serta isirumah. Pakcik walaupun susah , tidak meminta-minta, bahkan dia berusaha dan bijak membaiki taraf hidup.
Sila anggap ini gambar hiasan.
Mak cik aku mengajak aku dan adik beradik yang berkelapangan untuk membantunya. Memang telah aku lapangkan tarikh itu untuk urusan keluarga. Watak makcik aku yang penyayang dan lemah lembut ini tidak aku tampilkan, kerana fokus hanya untuk peristiwa pakcik aku. Cukup aku nyatakan makcik surirumah, menghidap diabetis kekal ketika hamil anak bongsunya.
Mujur di kampung ada keluarga berdekatan, yang tidak kedekut tenaga dan masa bersama-sama membuat persediaan. Tidak tergambar kepenatan dan lelah merebus dan mengopek 200kg kerang (salah satu menunya rendang kerang), merebus nasi impit dan sebagainya. Turut membantu adik-adik sepupu ku yang masih kecil. Asyiqin misalnya, sehingga larut malam masih bersengkang mata membantu emak dan abahnya. Dia tahu kesusahan itu. Fadzil dan Asyikin dua adik sepupu aku yang belajar di sekolah Maahad yang pakcik ikhtiarkan bersungguh-sungguh menyekolahkan dengan pendidikan agama.
Esoknya aku juga turun membantu ke lokasi jamuan raya tersebut. Sampai di kawasan pelancongan yang menjadi venue rumah terbuka dan jamuan raya itu, memang aku nampak khemah yang terpasang bertulis majlis daerah x.
Kata pakcik, pada asalnya dia diberitahu membekalkan khidmat sewa khemah, P.A sistem serta katering. Tetapi di saat akhir dia dimaklumkan servis yang diberikan hanya catering dan P.A sistem. Sewaan khemah hanya tercatat atas kertas. Pakcik menganggap bukan rezeki sahaja dan kepada peniaga, ini hal biasa.
Tetapi, rupanya pegawai yang bertanggungjawab itu sudah kaw tim dengan seseorang di jabatan terbabit untuk menggunakan khemah majlis daerah saja. Dalam erti kata lain, mereka menuntut bayaran kepada kerajaan atas servis yang tidak diberikan oleh pembekalpun.
Selepas mendapat tahu perbuatan ini, aku menyuarakan rasa tidak puas hati kepada Pakcik.
“ini tidak jujur, tidak adil.”
Kepada aku mereka golongan keji yang suka kepada duit haram. Aku berhak marah kerana aku seperti kamu, aku juga pembayar cukai.
Tetapi Pakcik nampak tenang, dia memberitahu hal ini suatu yang lumrah. Jika dia mengganggu amalan begini, dia akan disusahkan. Hidupnya yang sedia payah tambah sulit.Walaupun jauh di sudut hatinya dia membantah, dia akur kepada konsep ‘ siapa yang berkuasa’. Kata pakcik dalam bisnes, ini lah sepak terajangnya,apatah lagi berurusan dengan kerajaan. Pakcik perlu job, dan untuk survive meski dia susah dan merana, dia perlu bertahan dan menerima. Aku tarik nafas, menyedutnya dalam-dalam menahan marah.
Ini satu penipuan, lambang kebobrokan sahsiah yang perlu dibetulkan dan dicegah.
Berat, kepala aku berat. Aku turun lagi ke ruang tamu, membuka baling kuih raya dan memilih tumpi. Ya tumpi yang makcik bekalkan dari kampung.
Aku tidak bersetuju dengan pakcik dan semua yang menyanggupi hal begini dibiar berlaku dalam masyarakat islam dan negara yang sedang menjana transformasi. (hairan aku menulis ayat skematik begini, macam ayat pendebat gila popular yang aku benci satu masa dulu)
“begitulah kita berurusan dengan kerajaan, memang macam tu” suara pakcik mendatar, seperti mencuba meyakinkan aku tetapi dia sendiri tahu ini mustahil. Aku bukan anak kecil yang pernah pakcik dodoi dan agah2 lagi.
Maka aku diamkan saja, tak mahu berlawan cakap lagi. Sekejap-sekejap aku menjeling kelibat pegawai berkasut merah itu. Citarasa sungguh kampuang.
Tapi aku nyata lebih terkejut apabila pakcik beritahu yang bayaran catering ini melalui LO dan bayarannya diuruskan pegawai terbabit. Kamu tahu berapa lama masa diambil untuk Pakcik mendapat bayaran? Dua bulan.
Aku melenting lagi. Aku periksa dengan ayah, dia beritahu LO selepas penyerahan invois oleh pembekal, jika semua lengkap dan perkhidmatan selesai hendaklah dibuat dalam tempoh dua minggu. Ini polisi. Tetapi aku yakin polisi kerajaan hanyalah atas kertas dan mengikut nasib kamu.
Aku ( jika kamu tidak kenal aku), bekerja di sebuah syarikat swasta yang menjadi pembekal kepada sektor kerajaan. Maka istilah L.O, e-perolehan dan prosedur sebagainya bukan asing.
Kenapa 2 bulan?
Tidakkah mereka tahu untuk job catering ini pakcik mendahulukan wang modal? Pak cik aku bukan kontraktor kaya raya dengan kereta menjalar yang tak kisah modal terbenam berbulan-bulan, masih hidup senang walaupun kamu minta sedkit per – sen kerana urusan itu. Bukan, bukan.
Pakcik aku orang susah yang berusaha, yang tanam sedikit sayuran kampung dan pergi ke laut tangkap ikan untuk lauk keluarga.
Dan setelah kerja selesai kerja yang dikehendaki, kamu melengah-lengahkan bayaran yang sepatutnya mudah? Kerana apa kamu sekejam ini? Kamu kenal pakcik aku ternyata lembut dan tulus, kamu tahu dia tidak sekolah tinggi dan jauh dari berpengaruh maka kamu menyusahkan urusannya?
Kamu tidak terfikir yang dia anak beranak tidur lewat pagi, ada makcik berembun di luar menyiapkan masakan?
Sila anggap gambar ini juga hiasan. Lebih baik begitu.
Mana kamu tahu, kamu buta. Buta hati.
Kerana apa kamu buat begini? kamu zalim atau apa?
Susah sangatkah hidup kamu sehingga bercatu makan sampai kamu sanggup menipu wang?
Lupa aku ingin beritahu, jamuan raya ini diadakan berdepan pantai yang cantik, maka sesekali angin laut menyapa wajah. Aku lihat di kejauhan, air laut keemasan dipanah terik matahari. Subahanallah. Aku mencari keberanian dalam ketakutan, kekuatan dalam baculnya aku.
Pakcik menegah aku berdepan dengan pegawai terbabit, kepada pakcik janganlah mencari susah atau mencari gaduh. Pakcik menjadi pengecut bukan untuk apapun, pakcik hanya mahu menyara keluarga.
Aku macam nak pengsan kepenatan petang itu. Disalai panas dicampur penat malamnya. Dapat aku bayangkan lemah sendi dan kejang kaki mereka yang lainnya.
Usai majlis aku membawa myvi kemekku menghantar Fadzil (dia sampai terlelap dalam lori yang panas dek keletihan) dan makcik pulang. Fadzil harus balik ke asrama, esok sekolah. Sepanjang memandu, fikiran aku hanya teringat muka hamba Allah itu. Jika tidak berfikir lama sedikit, teringat assault dan battery adalah satu jenayah mahu saja aku layangkan penumbuk padu ke wajahnya. Tapi ini sangat kejam, wanita bertudung awning berkasut merah ditumbuk pekerja caterer (aku). Tragik. Aku tidak mahu masuk Metro esoknya sebab aku benci Metro.
Soal aku sedih, lantak sajalah. Aku sayu terkenangkan adik-adik di kampung. Aku tersayat mengenang pakcik dan makcik ku yang gigih dan ikhlas itu.
Tapi saat ini aku mengakui siapa aku. Siapa kami.
Kami, marhain.
Sunday, July 18, 2010
Hujung minggu ini
Jadi perlu aku tuliskan aktiviti aku hujung minggu ni supaya menjelangnya hujung minggu hadapan, aku akan berusaha menjadikannya berbeza.
1. Buang four sims - dengan airmata. Bukanlah keputusan yang mudah. Tentu orang tak akan percaya, four sims adalah anak kucing. Simba jr., Sim card, Sim city and Simpson. Tiba-tiba aku rasa macam sangat jahat. Tapi Kiki is expecting again, and house is too full. Kami sudah amat terpenuh dengan komitmen, mengabaikan hanya menyiksa mereka.
2. Menyertai makcik2 menuju ke pasar.
3. Cari kerja tapi blog wandering, ahaha search you-tube tengok video chandramurkhi.., ni paling ntah apa2.
4. Hantar dan ambil abang belajar. Han left for Kedah.
5. Sepatutnya pergi ke hospital Ampang ambil refer letter Ammar ke IJN, tapi aku rasa akan ada masalah teknikal di situ kerana terkurang dokumen mungkin ECG, mungkin echo, mungkin X-ray. Mujur kami telefon bertanya dulu. Nurse wad 4B tentu akan memberi dialog klise "klinik pediatrik cuti hari ahad, saya tak dapat buat apa-apa...." Maka aku ahjuma tergolong marhain ini dengan hampanya melangkah longlai tak mengerti.
End story.
Thursday, July 15, 2010
wajah kesayangan hamba yang bahagia...
My mom doesn't likes to be captured when she is not ready. Ya, often that she told us to delete her pics in our camera especially when it looks not like it supposed to look to her standard.
To us, it's just a candid.
Emak kata gambar dia selalu berwajah seperti kesakitan. Memang emak selalu menahan sakit, dan ia terekspresi di wajahnya. Atau jika dia tidak berpakaian kemas (bertudung dan beraksi sopan), janganlah menunjukkan kamera.
This pic was taken during my sister wedding day. Look at her smile.
I knew she was happy, btw the guest in this pic is her best friend's daughter and hubby. That is double happiness and surrounded by people she loves most.
Ok, that was March 2009.
Now, June 2010.

Kalau wajah kesayangan hamba ini tahu yang gambar ini dipublish di blog, tentu dia akan kata
'delete..delete, mak tak suka.." and sort.
But this smile, I can't get it anywhere.
I have been through many one fine morning in my life, but this one fine morning is different.
Emak has grandson on her arm, and she was so fine when I snapped this photo. Kan sangat natural - baju t UDM (anak dia yang kelima perna belajar kat UDM) dan anak tudung yang senget dan rumah yang sepah pagi2?
Ini ekspresi bahagia. Dan aku sangat bersyukur.
Ini entri bergambar

Reason why rumah kedah is sometimes welcoming is berdima deko (only 4 here) as in pic. I fed them anlene choco..lantaklah sbb susu dah abis..huhu..
(Damn it, this pic tak moh turun bawah. I memang lousy dan buta aplikasi teknologi..)
Ya, aku sudah melampau manjanya sejak ada adik2 membantu dengan urusan rumahtangga. Terutamanya dengan Azah di sisi.
Aku misalnya akan tukar baju dengan sesuka hati, kalau hari cuti lebih dahsyat lagi. Almari sentiasa gelap yelah penuh dengan baju berlipat dan tergantung cantik ;)
Sekarang saat aku taip post ni, aku sangat gerun naik ke bilik sendiri sebab sudah gelap dengan baju di penjuru bilik. Maka aku berikrar takkan tukar baju macam mak ayah aku ada kedai dobi.
Aku dan Han ada kata pepatah " till the last plate.." untuk urusan dapur. haha. Don't judge me, please. I am just plain girl with laziness sometimes..(haha penipu)
How I wish Han pun balik kedah dengan emak dan adik supaya aku boleh bermalasan tanpa rasa bersalah.
Eh, kata entri bergambar? Mana gambarnya?
(Damn astro lagu pun nak translate ..kacau mood saja sebab translated lyric macam hampeh..ehehe..sedang tengok House, sambil update blog, fikir pasal content kamus, fikir pasal 4 deko ahah..till the last plate...)
So, as emak come back to ayah (opss, belum submit kerja translation yang ayah suruh buat), I am pretty sure she'll happy at Kedah. Ammar sudah berjauhan di Melaka. Emak perlukan masa untuk menenangkan hati dan lebih dekat dengan Allah untuk tak putus2 mendoakan.
Here goes some pics to tell what is so happening at Kedah.

It was last time when I visited her (Mother's day time) she cooked superb kampung dish, fresh from her garden..imaginekan..imaginekan? simple but wow. Ikan kembung tu beli kat souk al-bukhari, ok? Mak tak de bot lagi :)
Ammar, ahjuma sangat sayang kamu II
(Psst..gambar berlatar belakang klinik kerajaan yang aku khabarkan pada kamu itu)
Moga Ammar sentiasa dalam perlindungan Allah dan dikurnia kesihatan yang baik. Amin.
Moga Allah memberi kami dan Ammar kekuatan.
Beginilah kotak tulis2, aku tuliskan di dada kamu tentang beberapa perkara yang terjadi seputar kehidupan aku. Jikalah kamu tahu dan dapat mengucapkan " wish you luck.." dengan senyum yang betul-betul ikhlas.
1. Pengalaman menghantar Ammar, anak buahku ke klinik kesihatan. Demam kuningnya masih merisaukan. Inilah kali pertama rasanya aku pergi klinik kesihatan kerajaan. Macam tak percaya,kan? Hidup kami buat masa ini banyak tertumpu pada Ammar. Kecomelan dia. Betapa kuat dia suka menyusu (sejam sekali) dan betapa dia buah hati pengarang jantung semua terutamanya emak.
Tapi kami (lebih2 lagi kakak) sering dihambat risau melihatkan kesihatan ammar. Tak tahu semua ini biasa untuk bayi atau sesuatu yang tidak kena. Kami selalu menitipkan doa moga semuanya baik2 sahaja.
aku sempat mengambil gambar Ammar dengan beberapa pose comel, terutamanya dengan emak.
Hinggalah follow up dan check up dengan doktor membawa kami kepada satu kenyataan yang sukar untuk kami terima, apatah lagi kegembiraan dan keterujaan kami mendapat anak buah sulung masih belum habis.
Pemeriksaan Doktor mendiagnos Ammar mengalami Tetralogy Fallot dan dia akan dirujuk ke IJN.
Ya Allah.
Kakak dan abang Arman nampak tenang menerima, tapi kami tahu ini bukanlah dugaan yang ringan untuk keduanya yang baru bergelar ayah dan ibu. Moga Allah memberi mereka pahala yang besar atas kesabaran mereka atas dugaan ini. Kami akan tetap menyokong kakak dan abang Arman seperti kata Han "whatever it takes..".
Tapi kami tahu Ammar hak Allah, dia cuma dipinjamkan. Dipinjamkan untuk kegembiraan dan lebih mensyukuri semua kurnianya. Makanya kami mahu menjaga Ammar sebagai amanahNya. Berusaha agar Ammar tetap survive. Ammar adalah legasi keluarga kami.
2. Terlalu banyak yang berlaku, tetapi Ammar telah memadamkan hal-hal itu. Seolah semua tidak penting. Aku akui sedikit terganggu.
Kotak tulis2, aku titipkan untuk kamu anak buah aku yang comel ini. :) Beratnya kini sudah 4.3 kg, menokok hampir 2 k.g. Kini Ammar sudah sebulan 2 minggu!
Ahjuma harap kamu akan dapat membaca post ini.

Tuesday, June 29, 2010
ha, tak bestnya...
Aku tetap bersalah, bagaimanapun justifikasi aku. Ya, tolonglah maafkan aku.
koleksi dialog yang perlu direnungkan
Waktu: Petang, ya petang yang hujan tapi panas.
Azah: Sebenarnya kak min memang tak ada hati nak duduk kat sini,kan?
Aku: (Tak cakap apa2 coz tak ada di tempat kejadian).
Azah: Lepas tu, kan...ah.tak payah fikirlah, adik rasa nak makan sardinlah untuk hidup lebih bermakna lagi (serius aku tak edit, dari mulut dia direct aku taip ke blog)
Azah banyak berusaha menjadikan sesuatu itu nampak dan bernama BAHAGIA. Dia cuba.
Aku hanya berusaha to make things under control. Tapi aku manusia yang lemah, dan ada beberapa kesilapan dan kekurangan yang berlaku di luar jangkaan, kawalan aku.
"Maafkan aku kalau kamu tak selesa di sini. Di sinilah dulu, ya dulu, kita amat selesa dan belajar pahit maung hidup dipenuhi gelak tawa, jerit pekik, tangis sedu keluarga kita. Itu dulu.
Sekarang aku cuba penuhi dengan seluruh jiwa malah, tak akan pernah cukup untuk kamu.
Aku luahkan ini tidak sekali merasa terbeban dengan kamu, malah aku lakukannya kerana dulu, sekarang mahupun sampai bila-bila kamu tetap kakak aku. Dan tak akan berubah.
Sama ada kamu belum berkahwin, sudah berumahtangga atau kini sudah ada zuriat sendiri, kamu tetap yang paling aku sayang.
Aku mencuba melihat dari sudut yang positif sentiasa, begitu Ira adik kita yang bermotivasi tinggi itu selalu berpesan saat aku merasa kelelahan dengan cubaan dan masalah teknikal hidup, (termasuk maslaah teknikal hidup adalah saat bateri kereta kong).
tetapi kamu harus belajar menghargai, atau paling tidak mendiamkan diri saat kamu perlu mengeluarkan kata-kata terhadap emak jika kamu tidak berpuas hati sekalipun. Tahukah kamu betapa emak bersusah payah bersungguh-sungguh mencuba memenuhi kamu sejak dari kamu belum ada dia lagi?
Ok, aku juga bukan anak yang baik. Aku sudah meluahkan hasrat ingin menyewa bilik kerana mahu sendiri. Emak berkerut dan aku sudah membuat dia risau.
Habis di sini. Cuma aku mahu kamu tahu bahawa adik beradik kamu sangat menyokong kamu bukan kerana kamu sudah ada dia. Kita telah saling menyokong (atau aku saja yang merasa begini?) sejak sebelum ada siapa-siapa, dan sebelum kamu ada rumah sendiri,bukan? Jadi aku sangat berkecil hati kalau kamu menyatakan itu ini tentang rumah kita ini, kerana sekarang aku penggeraknya, setelah ayah ke Kedah, jadi aku tidak suka kamu membezakan (ya, aku sudah memaafkan dan sudah lupa contohnya), kerana aku, adik kamu ini tidak sempurna.
Dan, aku adik kamu yang tidak sempurna ini telah berusaha.
Jika ini tidak memadai untuk menjawab ketidakselesaan kamu, ya maafkanlah aku.
Dan ini aku tuliskan kerana aku masih aku, seperti kata kamu, yang masih begini (yang ditakuk ciptaanku sendiri).
Selamat maju jaya, selamat berjuang kerana doaku dan kami untuk kamu selalu. "
Tambah dialog Azah.
Azah: Lebih baik adik masak sambal terung..eh..tak taklah, masak sardin. Jap lagi turun goreng kentang.
Wednesday, June 23, 2010
Jadikan saya lebih berVISI
Memang view terbaek yang pernah saya lihat sewaktu meeting.
Jadi walau bumi bergegar atau diasak oleh rakan taulan untuk menukar tempat - sorry ya, I parked my ass dulu. Haha.
Saya percaya idea2 saya yang bernas itu terinspirasi dari luasnya pemandangan saya. Sila bertoleransi dengan tahap out of the box saya, esp those which your mind can't digest (ha, gila berlagak..eh, taklah..)
Saya suka penang, saya suka USM, yeay, saya suka tingkap, saya suka tengok benda jauh2, waaa..tenkiu boss yang mempercayai jauh berjalan luas pengetahuan :)
Ni gambar time visit Penang ~ baru nak upload sebab tengah stress baru ditembak bos yang saya puji tadi.
Monday, June 21, 2010
Travelog Dakwah, Muhd Kamil Ibrahim - PTS Islamika
aku nak update sikit tentang diri aku, walaupun aku tahu mana ada orang kisahpun. Tapi tak pe, aku tuliskan untuk ingatan diri sendiri.
Sedang baca buku Travelog Dakwah, Muhd Kamil Ibrahim - PTS Islamika. Penulis ni pernah tulis buku bestseller, Travellong Haji: Mengubah Sempadan Iman. Buku ini aku tak pernah baca, tak pernah jumpa. Punyalah dah lama tak mendekati ilmu. InsyaAllah dapat gaji nanti aku akan cari juga.
Aku baca, tiba2 je hidungpun kembang kempis. Nak nangis.
Ha, orang jahat lagi jahil macam aku memang patut mendekati buku macam ni.
Emak kata, emak sangat suka akan buku ni, kakak aku dah lama baca buku ni.
ha? Aku? Emak tak pun berkongsi hal2 ni dengan aku, mungkin sebab aku tak seistiqamah kakak, tak semulus kakak. (Isy bersangka buruk pula, tapi rasa tersentuh juga bila kedua2nya berkongsi dengan gumbira sedangkan aku ketinggalan)
Kecil hati. :-(
Tapi aku teruskan baca.
Memang beliau menulis dengan jiwa, seikhlas hatinya aku percaya.
Nak snap picture buku ni, tapi phone low bat pula. Yang penting aku fahami isinya, moga aku mendapat cahaya seperti dia.
Thursday, June 17, 2010
Ammar, ahjuma sangat sayang kamu ~
Anak buah saya yang pertama nama dia Ammar.
Sukanya saya bila kakak bagi nama si comel ini pendek saja.
Kata orang, nama yang baik mesti ada makna yang baik, biar ringkas cuma.
Insyaallah jadi orang yang cemerlang dunia dan akhirat.
Aminn..
Saya jadi tambah2 terharu mengenang pengorbanan emak membesarkan saya.
Alhamdulillah atas semua kurniaMu Tuhan yang Maha Kaya.
Saturday, June 12, 2010
Jalan2 @ Putrajaya
Hai kotak tulis-tulis...
Weekend,kan? Tapi I kena kerja, ya mesti kerja. Ada roadshow @ alamanda. Wajib pergi survey. But glad, I am not alone :). Siap bawa bodyguard. Kiranya kerja sambil jalan2. Oh, I like. Sadly mid month, ok? So window shopping saje :(
Tak boleh cerita banyak2 tentang survey tu dekat sini. However good spirit the team shown surely paid off with loads $. Oh, need to zip my mouth.
After the survey, supervise so called, it's time for the girls. What u expect spending a day at shopping mall? Luckt they are not that type, I mean all of us.
Tak boleh membazir tak tentu hal.
But I uploaded moments of enjoyment me and the sisters had! Actuallykan, pity them coz nama je duduk KL, Putrajaya ni bukan jauh manapun. They never had a chance to go Alamanda. Balik2 the mosque and the lake. Kalau rajin explore, Putrajaya has lots to offer you, asalkan you senang hati, drive tak yah rush, dalam otak mcm nak relax je.
So, in search of tempak nak lepak where we can had our lunch pack, we found Taman Wawasan signboard. Hah, dalam hati bajet mesti nak cari taman nan indah dengan tasik segala.
Tu pun after the mosque was packed dengan kenderaan.
Bagi makan je diaorang mesti hepi...
So, aku hepi sebab dapat survey penduduk putrajaya ni and understand a bit of diaorang punya buying and shopping attitudekan.
Juga,mestilah hepi bawa adik2 aku jenjalan makan angin secara sangat budget sekali. Love them so much coz they love me kakak yang sengkek ni..haha. I promise when I have more $$, I save some for us, kita travel sesama. Lepas tu kita pergi umrah sesama gak. ~
Gila ah banyak jerawat kat muka aku sampai tak dapat nak fokus tulis blog.
Korea menewaskan Greece 2 -0, Korea garden kat ampang dekat umah aku ni tadi full of reds, hepilah dioarang tu. Update ni dibawakan secara live setelah aku akhirnya membayar juga bil astro :-(, tu pun coz emak nak balik dan bukan sebab aku nak sgt tengok bola beb..
Oklah bye kotak tulis2, ada kerja menunggu iaitu zzzzzz....
Saturday, June 5, 2010
I am 29th!
Perjalanan pulang dari Penang, alhamdulillah lancar.
Terpaksa duduk bersebelah Yap, bas penuh dan kami membeli tiket agak lewat.
Ira, adikku yang comel mesej. Sampai pukul berapa?
Aku mengagak akan ada parti suprise.
Sejak semalam menunggu panggilan dan mesej dia. Biasalahkan, hari lahir. Sampai ke KL mesej yang ditunggu tak kunjung tiba. Tak mengapa, dia lupa lagi.
4 Jun, dua puluh sembilan tahun lalu aku menjengah dunia.
Selamat hari jadi untuk diri sendiri. :)
Wednesday, June 2, 2010
tempat berteduh ;)
Ok, CSI macam membosankan. Bukan2, bosan tengok CSI sorang2. Aku dan biasa tengok dengan Azah.
So, update yang berikutnya untuk orang bosan kat hotel macam aku ialah tentang hotel ni sendiri.
Ya, kawan2 hotel kita pada hari ini ialah B-Suite hotel, penaja penginapan kami di Pulau Mutiara (eleh, company yang taja..)
I can see Vistana from here, sadly didn't know the street name.
Kerana aku mengakses dengan wired internet access yang disediakan, entri ini adalah lambang kegembiraan bahawa kadang2 tanpa broadbandpun anda boleh hidup gembira.
Sila bawa network cable yang panjang untuk keselesaan, aku pinjam harta opis yang kebetulan pendek, cet. Apapun aku happy.
One thing i like most about B-Suite is:
- Location - strategic, but not busy as other expensive hotel in the heart of town, most importantly easy for my boss to fetch me and others to office (bos aku memang baik, so sila jeles ya..) Eh, aku tak mengampu dia ok? Anyhow who read this other than me?
- No carpet - as most hotel is carpeted, B-Suite is different, aku sangat benci kepada bau lembap, aku memang akan meragui kebersihannya. We know that carpet cleaning isn't cheap these days.
- At reasonable rate RM 145 for standard room, yang memang luas gila!
- Room service bagus juga, bilik air dan tuala sentiasa ditukar
- B-Suite juga tak kedekut toiletries, drinking etc unlike...
Eh, this isn't one thing at all..hah, many2 things.
Tapi jangan harapkan breakfast di sini, sangat hampeh as I tried before. Afterall it isn't complimentary. Since Penang is called food haven, lebih baik anda makan di mana-mana restoran.
Berbanding Seri Malaysia, ya - sebab ayah aku pelanggan tetap ramgkaian hotel ni, pengalaman di Seri Malaysia Penang memang langsung tidak menarik. Keadaan hotel tak memuaskan, maintenance dan servis menghampakan. Breakfast apatah lagi, jadi tak perlulah aku menulis panjang lebar lagi. Dan harga bilik semalam - RM 135!
Jadi silalah survey hotel -hotel terbaik di Pulau Pinang jika anda ingin bermalam di sini, juga pastikan ia berbaloi dengan pelaburan anda. Yang penting keselesaan & keselamatan.
Till then, saya sudah mengantuk sikit2, dan report untuk esok belum siap. Insaf2...
Penang trip, again

Hye kotak tulis-tulis...
I am at Penang until this weekend, oh i hope it's not happening to me. Never. This weekend is very much precious to me, for two reasons (oh I can give you millions..)
1. Remember, 4th June ..ok2 ..no one care
2. Imaan ..my dearest newborn nephew...
Ermm, let's see if anyone remember 4th June as much I anticipate it..haha
Hope my dear tak lupa lagi, if not..can't forgive how he can missed my special day last year..siap mistaken lagi..
Ok, who said i lead a boring life, eh..aku yang selalu claim macam tu..
The fact is, not really.
I want to share with you, how exciting my trip to Penang is (ya,please read was..)
This round I took bus, it was Aeroline, naik dekat Hotel Corus Jalan Ampang. Since this bus claims its first classiness, lets check it out.
It cost me RM 60. To compare the low cost flight only cost RM 57. So, if you feel like enjoying scenery, take bus.
Seat memang comfortable, so kalau banyak duit naiklah bas aeroline ni especially orang yang mengutamakan dan memerlukan keselesaan (macam orang tua, orang tak sihat etc)

Bas ni best sebab serving food, subway sandwich with hot drink..
Mood ceria lepas dapat makan :)
Ohya, bas ni sediakan tandas juga, but I did not try.
We stopped at Queensbay Mall, but this bus also stops at Sg.Nibong station.
Me and Yap had smooth journey, Alhamdullilah sangat.
Ok, setakat ni update tentang perjalanan. Nak tengok CSI. Ada kesempatan aku story tentang hotel, meeting dan Penang yang always something.
Till then, cheers!
Sunday, May 30, 2010
meet little iman..owh he is lovely dan macam cakap kat aku.."sayangilah aku..aku comel.."...aku kan ahjuma dia,..

Salaam.
Hye kotak tulis2.
Ok, hari ni aku pergi Melaka, specifically umah mak mertua kakak aku, Felda Bukit Singgeh, Nyalas.
Ahaha, kau mesti tak tahu kat mana,kan? Gila kentang ah aku kena drive sorang - lagi pulak kawasan desa, ladang-ladang. Damn hate it, but i tell no one, hehe bajet aku ni cool habis ah. Padahal dalam hati macam2 aku rasa. Dengan semua kesesatan antara masuk ke Durian tunggal, tersasar mencari landmark kuil hindu bagai, so i should omg!!
Among those suffered to see the little Iman - Acik Lit, Azah dan Azam. Thanks for coming along.
Apapun, alhamdulillah, semua selamat, considering aku damn lousy dengan direction. Please, aku memang lambat pickup bab-bab peta, sebab tu geografi score C. haha.
Tak kisahlah.
Matlamat utama, jumpa kakak aku dan si comel, anak buah pertama, cucu sulung, cicit sulung bagi keluarga kami.
Alhamdulillah baby Iman dan mamanya sihat. So, aku macam nak lompat ke langit terlalu excited!
Balik je abang ada memerli aku, satu hari ko pergi melaka, ahaha, lamanya balik, bertolak pukul berapa, aku tahulah dengan nada itu maybe he is amazed aku berjaya balik...so aku dengan bengang jawaplah damn shit aku sesat sampai gemencheh, pastu kena ikut jalan jalan lama yang gelap, ok? Pastu aku jammed gila kat senawang..aku rasa macam nak wtf kan aje..sebab aku tahu dia protes aku,kan?kan? tak pe, i am on my feet, so when is you? Ahaha ..gilakan bad mouth..
Ehehe, tapi sebab aku suka gila jumpa Iman, aku taklah over heat, aku nak buat tak tahu je.
Ha, hebat tak? aku tengok csi ni dah puku l 3 pagi, sebelum tu email gambar iman kat han & ira yang mestinya jeles gila ngan aku dan azah..sorry babe..~
Ni gambar aku ngan little Iman, kan dia comel..ahaha..aku muka bajet keibuan, taklah...aku mengelak nak pegang sebab takut jadi apa-apa coz aku tahu aku cemerkap..so
dah macam ngantuk..
P/s: Nama si comel belum ada lagi, saja aku panggil Imaan sejak dia dalam kandungan lagi
Thursday, May 27, 2010
Nasi beriyani home taste
Memanglah aku ni malas, tapi setakat nasi tu..biasalahkan, ..but, what? Nasi beriyani?
Akupun macam percaya dengan tidak. Ha, selalunya tahu makan je. Memang kalau ada function makan-makan mesti emak yang akan masak. Aku tahu juga..tahu menyenduk dengan stailonya. :-)
Oh inilah harinya. Aku nekad, mesti belajar. So, akupun menyediakan henpon untuk snap picture step by step sambil tu aku duk mengikut arahan emak. Yang bestnya emak tinggalkan aku kat dapur terkial-kial. Kebetulan memang ada tamu masa tu dan emakpun menghilang. Gamble betul emak tinggalkan aku dengan nasi dia ni.
Hasilnya memang marvelous, ya..ya..masuk bakulkan.. tapi tak kisahlah.
Tak semestinya mamak je pandai masak nasi beriyani. The most challenging part masak nasi ni secara manual tau, atas api dapur. Emak kata kalau setakat sekilo dua, tak payah guna rice cooker.
Okeh, ni bahan2.
- Beras basmathi 1 kilo
- 2 sudu besar rempah beriyani (ada jual kat kedai pelbagai jenama, emak aku guna tak tahu brand apa)
- Bahan kisar: 1/2 inci halia, 5-6 ulas bawang kecil dan 2-3 ulas bawang putih
- Ghee / minyak sapi (brand apa pun tak kisah)
- Daun ketumbar
- Daun pandan
- Susu pekat - guna 2 sudu je
- pewarna kuning telur
- Garam (to taste)
Cara-caranya:
- 5 sudu Ghee untuk tumis bahan2 kisar, masukkan rempah
- Masukkan daun ketumbar dan daun pandan
- Masukkan air (ni challenging skit, kena sukat betul2)
- Masukkan susu pekat dan garam
- Tutup periuk dan biarkan mendidih (penting ni, air mesti mendidih baru masuk beras)
- Masukkan beras dan kacau kerap (supaya tak melekat dan hangit kat bawah periuk)
- Lubangkan tengah periuk (supaya berlaku pengewapan dan senang masak)
- Bila beras dah kembang dan mula mengering, tuang pewarna buat titik-titik > api kecil tau...
- Kacau-kacau bagi masak rata dan warna bercampur kuning kemerahan macam dalam gambar.
Tadaaaa...
Sedap dimakan dengan ayam masak merah, dalca, sambal udang, acar dan apa-apalah lauk yang sesuai. Tak tahu kenapa gambar lauk tak ada time tuh..
p/s: kalau nak nasi yang lebih meriah, boleh tambah kismis dan kacang gajus. Tapi nasi plainpun dah superb..
Anyway, selamat mencuba..takpun selamat makan dengan membeli di restoran berhampiran..;-)
hati orang siapa tahu..?
Esokkan cuti, aku ingat nak bersuka ria dengan adik aku..tapikan...
Balik je rumah, muka dia dah macam lain.
Penat kot.
Aku lapar beb, serius. Adik pulak macam biasa dengan baik hatinya memasak untuk makan malam. Sup ayam dan sambal terung dengan udang. Peh.
Tapikan sup adik masin sikit, akupun bagitahu kat dia.
Sambal diapun pedas tak ingat, masinpun ada.
lepas aku tegur, muka dia dah lain. Tapi aku cakap lembut je, serius aku tak marah, mengejek apatah lagi. Selama berhari-hari adik memasak tanpa jemu, aku amat bersyukur.
dia kata dia masak tak fokus. memanglah orang kata memasak gambaran hati.
Kalau masak sepenuh hati, hasilnya pasti marvelous walaupun goreng telur dadar je.
Aku agak mood dia tak baik, tentu ada sesuatu dalam fikiran dia. Yang menggangu.
Tuesday, May 25, 2010
hi kotak tulis-tulis!

Salam.
Hi, kotak tulis2. (baca tulis-tulis)
Kau adalah blog aku yang ke seratus lima belas..ahahaa..jadi jangan harap kau yang pertama, apatah lagi yang terakhir kerana aku bukan manusia seperti itu.
Okeh, dengan tidak membuang masa, mari kita rasmikan page pertama dengan azam baru.
Blog adalah platform menulis, melatih menulis. Ya, penulis perlukan latihan yang banyak. Kan aku selalu berangan jadi penulis, kira kerjaya impian aku. Disebabkan tidak ada penulis berjaya yang hangat-hangat tahi ayam, maka mesti kerap berlatih~ Berusaha!
Lagipun kan, hidup aku ni macam membosankan. Walaupun aku selalu baca blog orang dan tengok kehidupan orang lain nampak best2, aku taklah kisah sangat. Cuma aku harap dapat meluahkan apa yang aku rasa, menajamkan daya kritis aku dan paling penting aku tak ngumpat orang kat mana-mana. Biarlah kotak tulis2 yang tahu isi hati aku. Aku tak sempurna, begitu juga semua di sekeliling aku.
Biarlah kotak tulis2 merekodkan perjalanan hidup aku.
Ehehe.. gambar kaki je ada...
Daaa...














