Beginilah kotak tulis2, aku tuliskan di dada kamu tentang beberapa perkara yang terjadi seputar kehidupan aku. Jikalah kamu tahu dan dapat mengucapkan " wish you luck.." dengan senyum yang betul-betul ikhlas.
1. Pengalaman menghantar Ammar, anak buahku ke klinik kesihatan. Demam kuningnya masih merisaukan. Inilah kali pertama rasanya aku pergi klinik kesihatan kerajaan. Macam tak percaya,kan? Hidup kami buat masa ini banyak tertumpu pada Ammar. Kecomelan dia. Betapa kuat dia suka menyusu (sejam sekali) dan betapa dia buah hati pengarang jantung semua terutamanya emak.
Tapi kami (lebih2 lagi kakak) sering dihambat risau melihatkan kesihatan ammar. Tak tahu semua ini biasa untuk bayi atau sesuatu yang tidak kena. Kami selalu menitipkan doa moga semuanya baik2 sahaja.
aku sempat mengambil gambar Ammar dengan beberapa pose comel, terutamanya dengan emak.
Hinggalah follow up dan check up dengan doktor membawa kami kepada satu kenyataan yang sukar untuk kami terima, apatah lagi kegembiraan dan keterujaan kami mendapat anak buah sulung masih belum habis.
Pemeriksaan Doktor mendiagnos Ammar mengalami Tetralogy Fallot dan dia akan dirujuk ke IJN.
Ya Allah.
Kakak dan abang Arman nampak tenang menerima, tapi kami tahu ini bukanlah dugaan yang ringan untuk keduanya yang baru bergelar ayah dan ibu. Moga Allah memberi mereka pahala yang besar atas kesabaran mereka atas dugaan ini. Kami akan tetap menyokong kakak dan abang Arman seperti kata Han "whatever it takes..".
Tapi kami tahu Ammar hak Allah, dia cuma dipinjamkan. Dipinjamkan untuk kegembiraan dan lebih mensyukuri semua kurnianya. Makanya kami mahu menjaga Ammar sebagai amanahNya. Berusaha agar Ammar tetap survive. Ammar adalah legasi keluarga kami.
2. Terlalu banyak yang berlaku, tetapi Ammar telah memadamkan hal-hal itu. Seolah semua tidak penting. Aku akui sedikit terganggu.
Kotak tulis2, aku titipkan untuk kamu anak buah aku yang comel ini. :) Beratnya kini sudah 4.3 kg, menokok hampir 2 k.g. Kini Ammar sudah sebulan 2 minggu!
Ahjuma harap kamu akan dapat membaca post ini.


No comments:
Post a Comment
Komen