Sunday, May 30, 2010

meet little iman..owh he is lovely dan macam cakap kat aku.."sayangilah aku..aku comel.."...aku kan ahjuma dia,..


Salaam.

Hye kotak tulis2.

Ok, hari ni aku pergi Melaka, specifically umah mak mertua kakak aku, Felda Bukit Singgeh, Nyalas.
Ahaha, kau mesti tak tahu kat mana,kan? Gila kentang ah aku kena drive sorang - lagi pulak kawasan desa, ladang-ladang. Damn hate it, but i tell no one, hehe bajet aku ni cool habis ah. Padahal dalam hati macam2 aku rasa. Dengan semua kesesatan antara masuk ke Durian tunggal, tersasar mencari landmark kuil hindu bagai, so i should omg!!

Among those suffered to see the little Iman - Acik Lit, Azah dan Azam. Thanks for coming along.

Apapun, alhamdulillah, semua selamat, considering aku damn lousy dengan direction. Please, aku memang lambat pickup bab-bab peta, sebab tu geografi score C. haha.
Tak kisahlah.

Matlamat utama, jumpa kakak aku dan si comel, anak buah pertama, cucu sulung, cicit sulung bagi keluarga kami.

Alhamdulillah baby Iman dan mamanya sihat. So, aku macam nak lompat ke langit terlalu excited!

Balik je abang ada memerli aku, satu hari ko pergi melaka, ahaha, lamanya balik, bertolak pukul berapa, aku tahulah dengan nada itu maybe he is amazed aku berjaya balik...so aku dengan bengang jawaplah damn shit aku sesat sampai gemencheh, pastu kena ikut jalan jalan lama yang gelap, ok? Pastu aku jammed gila kat senawang..aku rasa macam nak wtf kan aje..sebab aku tahu dia protes aku,kan?kan? tak pe, i am on my feet, so when is you? Ahaha ..gilakan bad mouth..

Ehehe, tapi sebab aku suka gila jumpa Iman, aku taklah over heat, aku nak buat tak tahu je.
Ha, hebat tak? aku tengok csi ni dah puku l 3 pagi, sebelum tu email gambar iman kat han & ira yang mestinya jeles gila ngan aku dan azah..sorry babe..~

Ni gambar aku ngan little Iman, kan dia comel..ahaha..aku muka bajet keibuan, taklah...aku mengelak nak pegang sebab takut jadi apa-apa coz aku tahu aku cemerkap..so
dah macam ngantuk..

P/s: Nama si comel belum ada lagi, saja aku panggil Imaan sejak dia dalam kandungan lagi




Thursday, May 27, 2010

Nasi beriyani home taste

"Fizah, tolong emak masak nasi ya,"
Memanglah aku ni malas, tapi setakat nasi tu..biasalahkan, ..but, what? Nasi beriyani?
Akupun macam percaya dengan tidak. Ha, selalunya tahu makan je. Memang kalau ada function makan-makan mesti emak yang akan masak. Aku tahu juga..tahu menyenduk dengan stailonya. :-)

Oh inilah harinya. Aku nekad, mesti belajar. So, akupun menyediakan henpon untuk snap picture step by step sambil tu aku duk mengikut arahan emak. Yang bestnya emak tinggalkan aku kat dapur terkial-kial. Kebetulan memang ada tamu masa tu dan emakpun menghilang. Gamble betul emak tinggalkan aku dengan nasi dia ni.

Hasilnya memang marvelous, ya..ya..masuk bakulkan.. tapi tak kisahlah.
Tak semestinya mamak je pandai masak nasi beriyani. The most challenging part masak nasi ni secara manual tau, atas api dapur. Emak kata kalau setakat sekilo dua, tak payah guna rice cooker.

Okeh, ni bahan2.

  1. Beras basmathi 1 kilo
  2. 2 sudu besar rempah beriyani (ada jual kat kedai pelbagai jenama, emak aku guna tak tahu brand apa)
  3. Bahan kisar: 1/2 inci halia, 5-6 ulas bawang kecil dan 2-3 ulas bawang putih
  4. Ghee / minyak sapi (brand apa pun tak kisah)
  5. Daun ketumbar
  6. Daun pandan
  7. Susu pekat - guna 2 sudu je
  8. pewarna kuning telur
  9. Garam (to taste)


Cara-caranya:

  1. 5 sudu Ghee untuk tumis bahan2 kisar, masukkan rempah
  2. Masukkan daun ketumbar dan daun pandan
  3. Masukkan air (ni challenging skit, kena sukat betul2)
  4. Masukkan susu pekat dan garam
  5. Tutup periuk dan biarkan mendidih (penting ni, air mesti mendidih baru masuk beras)
  6. Masukkan beras dan kacau kerap (supaya tak melekat dan hangit kat bawah periuk)
  7. Lubangkan tengah periuk (supaya berlaku pengewapan dan senang masak)
  8. Bila beras dah kembang dan mula mengering, tuang pewarna buat titik-titik > api kecil tau...
  9. Kacau-kacau bagi masak rata dan warna bercampur kuning kemerahan macam dalam gambar.




Tadaaaa...
Sedap dimakan dengan ayam masak merah, dalca, sambal udang, acar dan apa-apalah lauk yang sesuai. Tak tahu kenapa gambar lauk tak ada time tuh..

p/s: kalau nak nasi yang lebih meriah, boleh tambah kismis dan kacang gajus. Tapi nasi plainpun dah superb..

Anyway, selamat mencuba..takpun selamat makan dengan membeli di restoran berhampiran..;-)


























hati orang siapa tahu..?

Hi Kotak tulis-tulis,

Esokkan cuti, aku ingat nak bersuka ria dengan adik aku..tapikan...

Balik je rumah, muka dia dah macam lain.

Penat kot.

Aku lapar beb, serius. Adik pulak macam biasa dengan baik hatinya memasak untuk makan malam. Sup ayam dan sambal terung dengan udang. Peh.

Tapikan sup adik masin sikit, akupun bagitahu kat dia.
Sambal diapun pedas tak ingat, masinpun ada.

lepas aku tegur, muka dia dah lain. Tapi aku cakap lembut je, serius aku tak marah, mengejek apatah lagi. Selama berhari-hari adik memasak tanpa jemu, aku amat bersyukur.

dia kata dia masak tak fokus. memanglah orang kata memasak gambaran hati.
Kalau masak sepenuh hati, hasilnya pasti marvelous walaupun goreng telur dadar je.

Aku agak mood dia tak baik, tentu ada sesuatu dalam fikiran dia. Yang menggangu.



Tuesday, May 25, 2010

hi kotak tulis-tulis!



Salam.

Hi, kotak tulis2. (baca tulis-tulis)

Kau adalah blog aku yang ke seratus lima belas..ahahaa..jadi jangan harap kau yang pertama, apatah lagi yang terakhir kerana aku bukan manusia seperti itu.

Okeh, dengan tidak membuang masa, mari kita rasmikan page pertama dengan azam baru.

Blog adalah platform menulis, melatih menulis. Ya, penulis perlukan latihan yang banyak. Kan aku selalu berangan jadi penulis, kira kerjaya impian aku. Disebabkan tidak ada penulis berjaya yang hangat-hangat tahi ayam, maka mesti kerap berlatih~ Berusaha!

Lagipun kan, hidup aku ni macam membosankan. Walaupun aku selalu baca blog orang dan tengok kehidupan orang lain nampak best2, aku taklah kisah sangat. Cuma aku harap dapat meluahkan apa yang aku rasa, menajamkan daya kritis aku dan paling penting aku tak ngumpat orang kat mana-mana. Biarlah kotak tulis2 yang tahu isi hati aku. Aku tak sempurna, begitu juga semua di sekeliling aku.

Biarlah kotak tulis2 merekodkan perjalanan hidup aku.

Ehehe.. gambar kaki je ada...

Daaa...